17 February 2014

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41 AKAN DIADAKAN PADA 28 FEBRUARI 2014 HARI JUMAAT JAM 3.00 PETANG

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR

16 February 2014

hai...percubaan satu dua tiga...percubaan percubaan one two three
hai...dh bertahun x update blog ni sehinggalah GB n AJK PIBG minta aktifkan semula...sbenarnya masa x mengizinkan...salam bertemu kembali...klu ada masa admin akan laporkan ativiti2 PIBG utk tatapan umum...

07 May 2010

UJIAN PENGESANAN P2 TAHUN 6 2010


Murid tahun 6 sedang menjawab soalan peperiksaan



Guru yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan

18 April 2010

PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6

12 April 2010 - Perjumpaan ibubapa dan penjaga Tahun 6 (2010) telah diadakan. Tujuannya adalah untuk membincangkan tentang masalah pengajaran dan pembelajaran murid-murid tahun 6 untuk menghadapi UPSR September nanti.
Perjumpaan kali ini dimeriahkan lagi dgn kehadiran Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran iaitu Tn Hj Zainul Abidin.
Adalah diharapkan semoga perjumpaan ini mampu memberi sedikit sebanyak panduan untuk ibubapa membantu pembelajaran anak-anak di rumah.




Calon-calon UPSR 2010


Cikgu Asmadi, Tn Hj Zainol dan Ustaz Hasim




Ibubapa dan penjaga yang hadir


Guru Besar selaku penasihat

17 April 2010

Lagu Motivasi ( Kau Boleh! )

LAGU NI UNTUK NORMAN HAKIM DAN SEMUA MURID SK JENGKA BATU 13

16 April 2010

BANGUNAN TAMBAHAN BARU







Berkemungkinan besar masalah kekurangan bilik darjah atau bilik-bilik utama yang lain akan selesai apabila siapnya bangunan tambahan baru setinggi tiga tingkat tidak lama lagi.
Diharapkan dengan adanya kemudahan yang disediakan nanti akan dapat menjadikan murid-murid lebih bersemangat untuk belajar dan guru-guru juga teruja untuk mengajar dengan lebih dedikasi.
Dan semoga ianya dapat memberikan manfaat dan kejayaan yang lebih cemerlang untuk SK Jengka Batu 13

Budak 4 tahun lahir dari bukan islam tahu mengenai islam

15 April 2010

SK JENGKA BATU 13 BOLEH!!!!!!!!!


Pada 15 April 2010, bertempat di SMK Seri Jengka, telah berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran dan Aktiviti Sambutan Maal Hijrah Sekolah-Sekolah Daerah Maran.

Berbagai acara telah dipertandingkan pada hari tersebut.

SK Jengka Batu 13 telah menghantar seorang wakil bagi acara Tilawah Al-Quran peringkat rendah iaitu Adik Norman Hakim bin Abd Ghani.

Selesai majlis perasmian, keputusan diumumkan dan Adik Norman Hakim telah berjaya menjadi Johan bagi kategori tersebut.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Ustaz Hasim selaku jurulatih yang tidak jemu-jemu membimbing Adik Norman Hakim.

Tahniah juga kepada Norman Hakim dan didoakan semoga lebih berjaya dalam pertandingan tersebut bagi peringkat negeri di Kuantan pula pada minggu hadapan.

Syabas dan tahniah... SK Jengka Batu 13 BOLEH....

05 April 2010

PEMERIKSAAN GIGI DI SEKOLAH





Sudah seminggu pihak kesihatan pergigian berada di sekolah untuk membuat pemeriksaan gigi terhadap semua murid. Murid-murid yang mengalami masalah kesihatan gigi telah menerima rawatan yang sesuai.
Berbagai ragam murid dapat dilihat sepanjang pemeriksaan gigi ini. Ada murid yang terlalu takut dan ada juga yang terlalu teruja untuk menjalani pemeriksaan gigi oleh jururawat-jururawat pergigian yang bertugas.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua petugas-petugas.

03 April 2010

KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2010

Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Jengka Batu 13 telah menjalankan Kem Bestari Solat yang pertama pada 3 April 2010 yang lalu. Kem ini disertai oleh murid-murid j-QAF tahun 1 hingga Tahun 4. Antara fasilitator yang terlibat ialah Ustazah Nazirah, Ustaz Hasim, Ustaz Jamil, Ustazah Zamzalina, Pn Zaitun dan Pn Safiah.

Kem ini adalah untuk membimbing murid-murid mendirikan solat dengan betul. Diharapkan apa yang telah dipelajari dapat dipraktikkan di rumah di bawah bimbingan ibubapa pula.

Praktikal wudhuk


Bacaan-bacaan dalam solat

Berbaris ambil minuman

Masa yang ditunggu-tunggu

Amali wudhuk

Amali solat




Dinamika kumpulan bersama fasilitator



Guru Besar yang datang memantau

SEKITAR MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG

02 April 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG YANG SEDERHANA TAPI MERIAH



Pada petang Khamis 1 April 2010 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru SK Jengka Batu 13 Kali 37. Majlis berlangsung dalam keadaan yang amat harmoni disertakan dengan hujan rahmat yang turun dengan lebatnya.

Syukur Alhamdulillah, majlis yang dirancang dapat dijalankan tanpa ada sebarang masalah.
Majlis dihadiri oleh ibubapa dan penjaga seramai 94 orang yang juga merupakan jumlah paling ramai setakat ini. Dan ibubapa tetap sabar menunggu dari awal hingga majlis bersurai.
Majlis dimulakan dengan ucapan pengacara majlis yang diselang selikan dengan pantun-pantunnya.


Diikuti dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh Ustaz Mohd Jamil bin Ahmad.
Seterusnya ucapan aluan Tuan Guru Besar SK Jengka Batu 13 iaitu En Abd Hamid bin Vyti
Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG iaitu En Adnan bin Ramli
Acara majlis perasmian ini disempurnakan oleh Tn Hj Zainul Abidin bin Hj Daud, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran yang banyak memuji kejayaan sekolah dan PIBG juga perjalanan majlis pada petang tersebut.

Tuan Hj Zainul Abidin juga berkesempatan menyampaikan hadiah Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009 kepada pelajar tersebut atau wakil mereka.



YDP PIBG menyampaikan cenderamata kepada perasmi sebagai tanda terima kasih.

Majlis bertambah meriah dengan acara cabutan nombor bertuah. Tn Hj Zainul juga tidak ketinggalan diminta menyampaikan hadiah kepada hadirin yang bertuah. Hadiah disumbangkan oleh guru-guru, AJK PIBG dan orang perseorangan berupa hamper, barangan dapor dan alatan elektrik. Hadiah cabutan bertuah kali ini adalah yang terbanyak pernah disumbangkan. Terima kasih daun keladi.


Selesai majlis perasmian, agenda diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG. Mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar dan menepati agenda yang ditetapkan.





Antara ibubapa dan penjaga yang hadir


Terima kasih kepada semua yang hadir dan terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan sekolah serta AJK PIBG yang turut menyumbang tenaga dan idea dalam perlaksanaan program ini. Semoga persatuan ini menjadi persatuan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya-Allah .