02 April 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG YANG SEDERHANA TAPI MERIAH



Pada petang Khamis 1 April 2010 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru SK Jengka Batu 13 Kali 37. Majlis berlangsung dalam keadaan yang amat harmoni disertakan dengan hujan rahmat yang turun dengan lebatnya.

Syukur Alhamdulillah, majlis yang dirancang dapat dijalankan tanpa ada sebarang masalah.
Majlis dihadiri oleh ibubapa dan penjaga seramai 94 orang yang juga merupakan jumlah paling ramai setakat ini. Dan ibubapa tetap sabar menunggu dari awal hingga majlis bersurai.
Majlis dimulakan dengan ucapan pengacara majlis yang diselang selikan dengan pantun-pantunnya.


Diikuti dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh Ustaz Mohd Jamil bin Ahmad.
Seterusnya ucapan aluan Tuan Guru Besar SK Jengka Batu 13 iaitu En Abd Hamid bin Vyti
Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG iaitu En Adnan bin Ramli
Acara majlis perasmian ini disempurnakan oleh Tn Hj Zainul Abidin bin Hj Daud, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran yang banyak memuji kejayaan sekolah dan PIBG juga perjalanan majlis pada petang tersebut.

Tuan Hj Zainul Abidin juga berkesempatan menyampaikan hadiah Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009 kepada pelajar tersebut atau wakil mereka.



YDP PIBG menyampaikan cenderamata kepada perasmi sebagai tanda terima kasih.

Majlis bertambah meriah dengan acara cabutan nombor bertuah. Tn Hj Zainul juga tidak ketinggalan diminta menyampaikan hadiah kepada hadirin yang bertuah. Hadiah disumbangkan oleh guru-guru, AJK PIBG dan orang perseorangan berupa hamper, barangan dapor dan alatan elektrik. Hadiah cabutan bertuah kali ini adalah yang terbanyak pernah disumbangkan. Terima kasih daun keladi.


Selesai majlis perasmian, agenda diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG. Mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar dan menepati agenda yang ditetapkan.





Antara ibubapa dan penjaga yang hadir


Terima kasih kepada semua yang hadir dan terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan sekolah serta AJK PIBG yang turut menyumbang tenaga dan idea dalam perlaksanaan program ini. Semoga persatuan ini menjadi persatuan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya-Allah .

No comments:

Post a Comment