13 March 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SK JENGKA BATU 13

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian kepada semua ahli PIBG (ibubapa/penjaga murid SK Jengka Batu 13)


AJK PIBG yang telah bermesyuarat pada 11 Mac yang lalu telah bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 37 dalam waktu yang terdekat.

Tuan/puan boleh mengemukakan usul melalui borang yang diberikan kepada anak tuan/puan dan diserahkan kembali kepada Setiausaha Kehormat PIBG sebelum atau pada 23 Mac 2010.

Sebarang usul atau cadangan yang diterima akan disaring oleh YDP PIBG dan guru besar.

Surat panggilan mesyuarat agung akan menyusul kemudian.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment