08 March 2010

MINGGU ANTI DADAH

5 Mac 2010 - SK Jengka Batu 13 mengadakan Majlis Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah.



Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh GPK 1 Ustaz Hasim bin Bakar dan ucapan perutusan minggu anti dadah oleh guru PPDa iaitu ustaz Mohd Jamil.

Seterusnya ucapan dan gimik perasmian oleh tuan guru besar En Abd Hamid bin Vyti.
Kemudian bakat murid-murid dicungkil dengan pertandingan melukis poster tahap 2 dan mewarna untuk tahap 1 dan Prasekolah.

Selepas rehat majlis diteruskan dengan kuiz tentang bahaya dadah dan jenis-jenis dadah.

Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan tersebut.
Semoga program seperti ini dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid dan guru-guru tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
Guru-guru turut mengambil bahagian dalam majlis ini.


Hasil kerja murid-murid.
Hidup bebas tanpa dadah
1 Malaysia Membenteras Dadah

No comments:

Post a Comment