Cuti pertengahan semester pertama telah bermula. Waktu inilah banyak diadakan majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya. Ramai juga dikalangan anak murid SK Jengka Batu 13 menjemput guru-guru dan kakitangan untuk hadir memeriahkan majlis perkahwinan saudara mara mereka.
Guru-guru mengucapkan terima kasih di atas undangan tersebut.
Juga maaf dipinta andai kami tidak dapat memenuhinya kerana waktu inilah guru-guru berpeluang pulang ke kampung halaman bertemu ibubapa dan sanak saudara.
Bagi yang melangsungkan perkahwinan, tahniah dari kami.
Bagi murid-murid, walaupun anda bercuti, buku-buku jangan dilupa. Siapkan semua latihan yang telah dibekalkan oleh guru-guru.
SELAMAT BERCUTI
No comments:
Post a Comment